Bagaimana ia bermula

Bolehkah saya kitar semula benda ini?
Bagaimana cara kitar semula benda itu?
Di mana tempat kitar semula semua benda?

Ini adalah masalah biasa yang dihadapi kebanyakan rakyat Malaysia berkenaan kitar semula.

Dalam kaji selidik umum oleh Zero Waste Malaysia (“ZWM”) pada 2021, lebih daripada 96% responden keliru tentang sampah yang boleh dikitar semula.

Hal ini dikaitkan dengan kadar kitar semula yang rendah di Malaysia – 31.5%(1) pada 2021.

[Singapura: 55%(2); Jerman: 66%(3)].

Kenapa tidak cipta kamus di mana semua orang boleh belajar tentang kitar semula dengan 1 klik?

Beginilah terhasilnya Trash Encyclopedia atau lebih dikenali sebagai Trashpedia!

Dengan terciptanya sumber ini, ZWM berharap kitar semula menjadi tabiat bagi rakyat Malaysia.

Atau yang terbaik, amalkan sisa sifar dan elakkan penghasilan sampah dari awal.
#bersamakitazerowaste

Kami harap sumber ini dapat menyemai biji benih dalam kehidupan - prihatin terhadap alam sekitar, sayangkan planet ini dan bertindak untuk masa depan kita.

Tentang Kami

Di Zero Waste Malaysia, kami percaya tindakan
setiap individu dapat membuat perubahan.

Di Zero Waste Malaysia, kami percaya tindakan setiap individu dapat membuat perubahan.

Melalui gaya hidup sisa sifar, semua orang seperti ANDA dan SAYA mempunyai kuasa untuk membina masa depan yang bebas sisa dan lestari untuk negara kita.

Hari ini, lebih daripada 42,000 (dikemas kini pada Oktober 2022) ahli komuniti telah sertai kami dalam gerakan sisa sifar. Kami menjemput anda untuk menjadi sebahagian daripada misi ini, dalam mencipta ‘Malaysia Yang Sisa Sifar’

Ditubuhkan pada 2016, Zero Waste Malaysia (“ZWM”) merupakan organisasi tanpa keuntungan (PPM-044-10-29032018) yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.
Kami berbangga menjadi kumpulan komuniti di Malaysia yang memperjuangkan perkembangan lestari di samping meningkatkan kesedaran komuniti tempatan tentang gaya hidup lestari.

Ditubuhkan pada 2016, Zero Waste Malaysia (“ZWM”) merupakan organisasi tanpa keuntungan (PPM-044-10-29032018) yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Kami berbangga menjadi kumpulan komuniti di Malaysia yang memperjuangkan perkembangan lestari di samping meningkatkan kesedaran komuniti tempatan tentang gaya hidup lestari.

Untuk mengetahui maklumat lanjut tentang ZWM, sila ke: