Soalan Lazim

common types of plasticcommon types of plasticcommon types of plasticcommon types of plasticcommon types of plasticcommon types of plasticcommon types of plastic

Plastik yang biasanya dikitar semula di Malaysia adalah
  • Jenis 1; polietilena tereftalet (PET),
  • Jenis 2; polietilena ketumpatan tinggi (HDPE) dan
  • Jenis 5; polipropilena (PP).
Di Malaysia, kebanyakan bahan plastik tunggal boleh dikitar semula. Namun, bahan pelbagai / plastik campuran sukar dikitar semula, atas faktor seperti skala ekonomi, keadaan laminasi berbilang lapisan, dll.

Jenis plastik dikenal pasti dengan nombor terpapar (kod) dalam simbol anak panah segi tiga pada produk plastik. Kod itu dipersetujui antarabangsa bagi menjelaskan kandungan kimia setiap produk plastik, namun tidak menjanjikan kebolehkitaran semula produk itu.
Simbol anak panah segi tiga biasanya boleh dijumpai di bawah bekas plastik. Sila rujuk Soalan Lazim #1 untuk maklumat lanjut tentang kod berbeza.
identify the types of plastic

Membersih dan mengeringkan barang kitar semula dapat meminimumkan pencemaran dan meningkatkan kadar kitar semula. Barang kitar semula yang tidak dibersihkan menjurus kepada kerja pembersihan dan kos tambahan bagi pusat kemudahan itu.
Berikut adalah antara saranan untuk membersih dan mengeringkan barang kitar semula yang berbeza:
Bagi bekas atau bungkusan plastik dan kerajang aluminium:
  1. Kosongkan kandungannya dan pastikan tiada sisa makanan.
  2. Cuci bahagian luar dan dalam bekas dan bungkusan dengan air dan sabun.
  3. Keringkan.

Bagi balang dan botol kaca:
  1. Kosongkan balang dan/ atau botol dan pastikan tiada sisa makanan. Jika boleh, tanggalkan labelnya.
  2. Jika sukar untuk tanggalkan label, campurkan serbuk penaik & minyak dalam nisbah sama dan gaul menjadi pes.
  3. Sapukan pada label dan biarkan semalaman.
  4. Gosok label hingga tertanggal.
  5. Bilas balang dan/ atau botol.

Tong Kitar Semula BiasaJenis tong kitar semula yang biasa dijumpai di Malaysia adalah
  1. Plastik
  2. Tin minuman
  3. Kertas
  4. Kaca

Tong Khas Terdapat tong tertentu untuk mengumpulkan sisa lain seperti sisa organik, e-sisa, pakaian, dll. Antara contohnya adalah tong amal yang ditempatkan di stesen minyak, kawasan perumahan, pusat beli-belah, dll.
Untuk mengelakkan salah guna tong kitar semula dan tong khas, kita perlu bersihkan dan asingkan barang kitar semula dengan betul.

Sisa boleh dikelasifikasikan kepada 5 kategori, iaitu sisa pepejal, sisa cecair, sisa organik, sisa berbahaya, dan sisa bahan guna semula & kitar semula.

Berikut adalah kumpulan komuniti di Malaysia yang boleh membantu mendorong perubahan melalui kuasa orang ramai dan komuniti:
Zero Waste Malaysia MapDirektori sehenti anda untuk mencari tempat sisa sifar terdekat di sekeliling anda, seperti pusat kitar semula (umum dan tong khas), kedai baik pulih, kedai runcit, dll.
Baik pulih - Kaki DIYSatu komuniti yang memperkasakan ahli untuk berkongsi pengetahuan baik pulih, kolaborasi dan perkhidmatan baik pulih.
Komuniti 'Freecycling' - Beli Nothing ProjectKumpulan Facebook berdasarkan geografi yang memberi ruang kepada ahli komuniti dalam kawasan kejiranan untuk beri barang yang masih berkeadaan baik, secara percuma. Cari satu dalam komuniti anda dengan kata kunci carian seperti Beli Nothing atau Buy Nothing diikuti dengan kawasan anda dalam Facebook, iaitu:Buy Nothing Project (BNP) Klang Valley & PJ
The Swap ProjectPlatfom pertukaran tekstil untuk ahli komuniti memberi pakaian peluang kedua bagi mengurangkan pembelian pakaian baru dan mengamalkan penggunaan berhati-hati.

Walaupun simbol kitar semula umum, yang dipanggil Mobius Loop, menunjukkan bungkusan produk itu boleh dikitar semula, belum tentu bungkusan itu diterima atau dikutip untuk dikitar semula.
Produk dengan bahan campuran memerlukan kemudahan kitar semula khusus yang mungkin belum tersedia di lokasi anda. Kita patut rujuk pada kategori plastik (lihat Soalan Lazim #1) atau sampah lain dalam Trashpedia untuk menentukan kebolehkitaran semula setiap produk.

Kebolehkitaran semula barangan dalam Trashpedia ditentukan berdasarkan amalan kitar semula secara umum oleh rakan kongsi kami dalam Lembah Klang (Malaysia), yang menyumbang kepada kandungan Trashpedia.
Oleh kerana sistem dan amalan pengutipan kitar semula berbeza mengikut geografi, terutamanya negara berbeza, pengutip barang kitar semula tempatan anda mungkin menerima barang yang berbeza untuk dikitar semula. Maka, kami cadangkan anda periksa dengan pusat kitar semula berdekatan anda untuk maklumat tepat dan terkini tentang pengutipan kitar semula.
Sila tulis kepada kami jika anda ingin kami berhubung dengan pengutip tempatan anda.

Sila baca label produk untuk memahami bahannya bagi menentukan sama ada barangan itu diterima secara meluas untuk dikitar semula. Kami cadangkan anda periksa dengan pusat kitar semula berdekatan untuk mengetahui kebolehkitaran semula sampah tertentu.

Zero Waste Malaysia berusaha menjadikan gaya hidup lestari lebih mudah untuk semua orang. Sebagai organisasi yang tidak membuat keuntungan, derma anda amat bermakna untuk kami menjayakannya. Untuk menyokong kerja Zero Waste Malaysia, sila buat sumbangan di sini
Untuk tajaan, geran atau sokongan lanjut, sila e-mel info@zerowastemalaysia.org.

Ya, kami amat berbesar hati jika lebih ramai menggunakan laman web Trashpedia dan belajar lebih lagi tentang kitar semula dan kehidupan lestari secara umum. Sila muat turun kod QR kami dan posternya. Ambil gambar dan tag akaun media sosial kami!Muat turun bahan di sini

Untuk pertanyaan tentang kolaborasi dan kerjasama, sila e-mel kepada info@zerowastemalaysia.org